lovee........

nuff

Home

Showing posts with label ladysoul. Show all posts
Showing posts with label ladysoul. Show all posts

Friday, November 5, 2010

PERSEDIAAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN...



Exam semakin dekat.....spm and stpm.......mcm mna nak buat nieyh!!!!!!!!!!!!!!!!

relax......jgn gelabah.....amik tips yg sya hasilkan ini ya.......




Terlalu banyak untuk dibaca sedangkan peperiksaan semakin hampir.

Cuba kaitkan apa yang sedang anda pelajari dengan apa yang telah aanda ketahui. Gunakan beberapa pendekatan untuk mengingat seperti:
Hafal kata kunci, bukannya hafal ayat.
Gunakan Teknik Ceraian.
Gunakan Teknik Mnemonik.
Tuliskan fakta-fakta penting pada kad dan bawanya bersama anda kemana sahaja. Kerapkan buat imbasan terhadap kad- kad ini.

Anda rasa anda faham apa yang dibaca. Anda rasa anda telah mengingatinya.

Jangan cepat merasa puas hati dengan apa yang anda usahakan. Uji ingatan dan pengetahuan anda. Jawab soalan-soalan dari buku atau dari peperiksaan tahun-tahun sebelumnya. Bina soalan-soalan berdasarkan tujuh soalan asas iaitu Apa? Siapa? Bila? Dimana? Berapa? Kenapa? Bagaimana? Misalnya, kalau anda sedang membaca sejarah Melaka diserang Portugis, tanyakan soalan-soalan seperti:
Bila Melaka diserang?
Kenapa Melaka diserang?
Siapa yang menyerang?
Bagaimana Melaka diserang?



Tadi anda masih ingat tetapi kenapa kini anda lupa?


Sering buat imbasan. Kajian menunjukkan bahawa sebagai manusia normal anda akan lupa 80% apa yang telah dibaca hanya dalam masa 24 jam. Oleh itu anda perlu merancang satu strategi agar anda mampu mengatasi kelemahan ini.
Pastikan setiap apa yang anda baca telah diringkaskan. Jadikan fakta seringkas mungkin dengan syarat apabila anda melihat fakta tersebut anda mampu menceritakan semula apa yang mahu disampaikan olehnya. Ada ketikanya fakta yang panjang sekalipun mampu anda ringkaskan menjadi dua atau tiga patah perkataan. Selepas 24 jam, cuba lihat nota ringkas anda ini. Cuba ceritakan semula apa yang anda fahami. Sekiranya anda mampu menceritakannya, bermakna anda sudah mampu memanggil semula maklumat tersebut. Sekiranya tidak, semak semula sekali imbas teks asal. Berikan masa menjawab soalan-soalan berkaitan dengannya bagi mengukuhkan lagi ingatan anda. Semak semula apa yang dibaca dari semasa ke semasa. Dengan cara ini anda tidak perlu bersusah payah membaca teks asal kembali sewaktu hampir dengan peperiksaan.



Anda suka belajar disaat-saat akhir.


Ramai pelajar yang berpendapat lebih baik belajar disaat-saat akhir, sebab kalau belajar awal pun nanti lupa juga. Pendapat di atas adalah tidak benar. Anda perlu belajar seawal mungkin bagi mengenal pasti kelemahan dalam sesuatu bab. Dengan belajar awal juga anda punya banyak masa untuk bertanya pada guru dan rakan-rakan. Salah satu rahsia belajar ialah kekerapan. Lagi kerap sesuatu bahan itu diulangbaca maka lagi besar potensi untuk anda memahami dan mengingatinya. Oleh itu, mulakan langkah anda sekarang. Mulakan sedikit dahulu. Mulakan dengan yang mudah-mudah dahulu dan apabila minat dan semangat mula berputik, barulah lakukan dengan lebih bersungguh-sungguh.

Syarat-syarat latihan peperiksaan ialah:



1. Latih mengeluarkan maklumat


Maklumat yang dibaca mestilah mampu dikeluarkan semula. Oleh itu anda perlu sentiasa melatih diri anda untuk mengeluarkan maklumat yang telah dipelajari. Perbanyakkan latihan-latihan seperti:
Menjawab soalan-soalan;
Menceritakan semula apa yang telah dipelajari;
Melakarkan kembali dalam bentuk peta konsep / minda;
Mengadakan perbincangan dengan rakan;
Menyediakan kad imbasan kecil.
Menggambarcarakan apa yang telah dipelajari.
Sekiranya anda pelajar SPM atau STPM, cuba hasilkan model jawapan soalan esei berdasarkan soalan-soalan yang ada. Cuba pecahkan fakta-fakta penting dalam bentuk peta minda/konsep. Ini memudahkan anda mengingati isi-isinya dalam peperiksaan sebenar kelak.



2.  Strategi menjawab soalan


Untuk mendapatkan markah yang tinggi dan mengelak dari berlakunya kecuaian, anda memerlukan strategi menjawab soalan yang berkesan.
Langkah-langkah berikut dapat membantu:
1.Baca arahan terlebih dahulu.
2.Baca arahan terlebih dahulu.
3.Kenal pasti dan garis kata kunci kepada soalan.
4.Jawab soalan mengikut turutan berikut:


Jawab soalan BONUS - Iaitu soalan yang anda pasti jawapannya betul. Ia mungkin soalan yang telah anda ramal, atau yang pernah anda latih sebelumnya.
Jawab soalan yang senang - Iaitu soalan yang mampu anda jawab hanya dengan satu kali cubaan.
Jawab soalan-soalan yang susah - iaitu soalan yang memerlukan masa yang panjang atau soalan yang anda memang tidak tahu jawapannya.
Semak - Pastikan semua soalan dijawab; Untuk soalan objektif, pastikan tandanya betul.
Ulang jawab - Kalau masih ada masa, ulang jawab soalan bonus dan senang. Ingat! soalan inilah yang anda pasti lakukan kecuaian oleh itu semak dengan tujuan mencari kesilapan tersebut. Bukannya menyemak dengan tujuan berpuashati dengan jawapan. Langkah terakhir barulah ulang jawab soalan-soalan susah. Itu pun sekiranya masa masih mengizinkan.

Jangan buang masa


Dalam suasana peperiksaan semakin hampir anda perlu gunakan setiap masa yang terluang untuk mengulangkaji. Sekirannya masa yang terluang tidak sesuai untuk anda membaca dan menghafal, maka gunakan masa tersebut untuk anda melatih mengeluarkan maklumat. Ceritakan apa yang telah anda pelajari kepada diri anda sendiri. Lakarkan apa yang anda ketahui pada sehelai kertas. Aktiviti sebegini mengukuhkan lagi ingatan anda dan memudahkan pengaliran keluar maklumat ketika dalam peperiksaan kelak.
Bagi mengelakkan rasa jemu belajar, pelbagaikan aktiviti dalam satu-satu sesi mengulangkaji.




so da dkt nk exam ni jgn buang masa ag k.......byakkan brhdapan dgn buku2 anda......ingat solat 5 waktu jgn tinggal lgsung coz itulah penentu kejayaan kta selain berusaha...than da pas usaha,berdoa pd allah....so tiba time exam kta haruslah tawakal.........



ingatlah ini: "BIARKAN IBU BAPA ANDA MENANGIS DENGAN KEJAYAAN ANDA,JANGAN BIARKAN IBU BAPA NANGIS DENGAN KEGAGALAN ANDA"

KEJAYAAN ANDA DI TANGAN ANDA!!!!





jgn risau....ini tipsnya....

Tips nak hadapi exam

nak exam rasa cemas?jgn risau....aku cuba bantu korang

apa yang korang boleh amalkan bila tengah exam :)

1.Sebelum buat revision tu bacalah doa pastu mohon 
keampunan kepada ALLAH.

2.Sedekahkanlah al-fatihah buat cikgu atau 
pensyarah yang ajar korang subjek yang korang nak study tu.

3.berdoa mohon ALLAH berkati segala ilmu 
yang diberikan dan disampaikan diaorang kepada korang

4.jangan tinggal solat 5 waktu (penting tuu......)

5.jangan putus berdoa.

6.sebelum mula exam baca al-fatihah,ayat kursi dan
 berdoa mohon keampunan diri,ibu ayah,
cikgu-cikgu dan kawan-kawan.

7.berdoa mohon dipermudahkan ALLAH untuk menjawab 
soalan dan dijauhkan ''stuck'' ketika exam.

8.kalau ''stuck'' gak berselawatlah banyak2 dan 
mohon kepada ALLAH agar korang diberi
 ilham untuk menjawab.

9.jangan sekali-kali meniru sebab korang tak
 akan tahu dimana kekurangan korang dalam subjek tuh.

10.banyakkan beristighfar dan berzikir dan berselawat 
sebelum dan sewaktu exam nescaya korang 
akan tenang menghadapi exam.

11.berdoa selepas solat moga-moga soalan yang 
kuar soalan yang korang tahu apa jawapannya dan 
cara untuk menjawab dan menyelesaikannya.

aku cuma mahu berkongsi dengan korang sume.
mudah-mudahan tips dapat membantu korang 
menghadapi exam dengan tenang dan jayanya.
Sesungguhnya kita hanya mampu berusaha dan 
bedoa,hanya ALLAH sahaja yang 
berhak menentukan segala-galanya.

so..renung2kan...dan selamat beramal.............
kejayaan masa depan anda di tangan anda!!!

Friday, August 20, 2010





jom copy code into html box

loveeeee

nuff

bling2

my company!!!

Creative Commons Licence
other by ladyvampdark compony is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.
Based on a work at fiqaventures.blogspot.com.
Permissions beyond the scope of this license may be available at fiqaventurs.blogspot.com.