lovee........

nuff

Home

Monday, August 30, 2010

Erti Kemerdekaan

hayatilah kemerdekaan negara kita...sudah 53 tahun negara kita merdeka namun seperti masih tiada kesedaran dlm jiwa kebanyakan rakyat tentang erti kemerdekaan.Seperti anak-anak muda kini yang hanyut dengan duniawi sehinggakan tiada semangat kemerdekaan dan sayang,cintakan tanah air sendiri.Hayati dan renungilah penat lelah bapa kemerdekaan kita mendapatkan kemerdekaan negara dari cengkaman penjajah.Sekiranya tiada mereka ini,kemungkinan negara kita masih dijajah.Walaubagaimanapun negara kita sudah mencapai tahap kemerdekaan yang ke 53 tetapi minda rakyatnya masih dijajah oleh pengaruh luar.Kita hidup sebagaiwarganegara Malaysia yang berbilang kaum haruslah bersepakat membangunkan negara Malaysia.1 Malaysia...hayatilah.....





 jalur gemilang yang megah berkibar
 jata negara


 Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj semasa melaungkan keramat Merdeka sebanyak 7 kali



wajah "BAPA KEMERDEKAAN" kita



rombongan Ratu Elizabeth


Pencipta Jalur Gemilang


Bunga Kebangsaan

Thursday, August 26, 2010

gelagat seorg boss..



Alkisah ada seorg lelaki yg berusia lewat
50an dan
bekerja sebagai CEW disebuah sykt yg
besar di
KL… Pada suatu early morning tu.. Boss
ini
memanggil la dia punya seketeri masuk
ke
opisnya..seperti biasa.. seketerinya pun
masukla…

Tolong buatkan saya surat utk kita punya
client..

Si Boss ini pun mula la cakap dia punya
mukadimahnya.. biasa la Boss.. malas
nak tulis..
cakap punya cakap.. Boss ni pun
bangun.. dan
berjalan-jalan pusing-pusing meja sambil
tangan
masuk dlm poket seluar.. 10 minit
kemudia acara
mengarang ayat pun habis.. si seketeri
pun mula
bersuara..

Seketeri: Boss.. pagi tadikan.. masa saya
nak
datang ke opis..saya nampak pintu
garage boss
terbuka..

Boss: (dlm keadaan kelam kabut) ye ke..
tak per,
nanti saya call rumah..terima kasih..

Si seketeri pun blah balik ke meja
dia..dan si Boss
pun call rumah dia tanya wife dia..

Boss: Yang tolong tengokkan garage
rumah
kita..pintu dia terbuka la..

Bini: Taklah bang..baru tadi I tengok ..
mana ada
terbuka..

Boss: Iye..terbuka..cuba pergi tengok
sekejap.

Bini: Tidakkkkk, tertutup…saya tahu la
bang.

Boss: Pergi lah tengok..kalau tak terbuka
macam
mana org boleh nampak??

Bini: Okay lah.. okay lah.
Setelah setengah jam kemudia.. masa
Boss ni
tengah relek-relek..baru dia perasan yang
zip
seluar dia terbuka..(dah memang
perangai dia tak
suka pakai underware).. maka
nampaklah…mengelabahlah si Boss ni
memikirkan
macam mana nak cover malu kat seketeri
dia tu..

Boss: Errr… tadi pagi masa you nampak
garage I
terbuka.. ada tak you nampak BMW kat
dlm tu?

Seketeri: Tak.. yg I nampak cuma ada
MINI
COOPER ngan dua tayar depannya
pancit!!!!!!

menantu ka malaikat???

 Ada satu famili. Satu hari sedang menantu lelaki tengok TV, bapa mertua lalu di depan. Tiba-tiba bapa mertua rebah sambil memegang dada. Apa lagi, kelam-kabutlah si menantu. Isterinya dan emak mertuanya pun menerkam ke arah bapa mertua sambil pegang-pegang dada bapa mertua. 

Bapa mertua tak bergerak, senyap saja. Bertambahlah gabra semua yang melihatnya. Emak mertua menyuruh menantu mengajar bapa mertua, yang di atas ribanya itu mengucap. Dia gabra, sampai isterinya pun tolak-tolak bahunya suruh cepat lakukan. Emak mertuanya ulangi lagi suruh dia ajar mengucap. 

Dalam gabra itu, si menantu pun dekatkan mulutnya ke telinga bapa mertua sambil berkata: "Ma Rabbuka! (Siapa Tuhan kamu!).." Kuat juga dia sebut, hingga terkejut emak mertua bila mendengarnya. 

Tiba-tiba bapa mertua tersedar dan terus berkata: "Bila masa kau jadi malaikat ni? Aku belum mati lagi la..".

memperingati detik sejarah kemerdekaan negara kita...

Pilihan raya umum yang pertama ditandingkan pada tahun 1955. Parti-parti seperti PAS, Parti Negara di bawah pimpinan Dato' Onn bin Jaafar, Parti Buruh, Parti Progresif Perak, Parti Perikatan UMNO-MCA-MIC dan sebagainya bertanding dalam pilihan raya umum tersebut.Parti Perikatan UMNO-MCA-MIC memenangi 51 kerusi daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. 1 kerusi lagi dimenangi oleh PAS. Dengan kemenangan dalam pilihan raya, kabinet kerajaan telah dibentuk. Tunku Abdul Rahman menjadi Ketua Menteri yang pertama.

Pada tahun 1956, Tunku Abdul Rahman mengetuai suatu rombongan ke London untuk membincangkan perkara-perkara mengenai kemerdekaan. Rundingan ini mengambil masa tiga minggu di London. Perjanjian London 1956 ditandatangani pada 8 Februari 1956 yang menyatakan persetujuan memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Sekembali ke Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman mengumumkan tarikh kemerdekaan di Melaka.
Pada tahun 1956, suatu Suruhanjaya Perlembagaan Komanwel ditubuhkan untuk menggubal perlembagaan. Suruhanjaya Perlembagaan Komanwel atau lebih dikenali sebagai Suruhanjaya Reid yang dipengerusi oleh Lord Reid dari Britian terdiri daripada pakar-pakar undang dari negara Komanwel. Laporan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Reid dipinda oleh Jawatankuasa Kerja dan diluluskan oleh Majlis Undangan Persekutuan.

Bendera Union Jack iaitu bendera British diturunkan di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur pada tepat pukul 12 malam 31 Ogos 1957. Kemudian, Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan kemerdekaan di Stadium Merdeka. Jemaah Menteri diumumkan juga pada hari pengisytiharan kemerdekaan.
Pengistiharan Kemerdekaan
Apabila tarikh Kemerdekaan telah ditentukan, Tunku telah mengarah Jabatan Kerja Raya untuk membina sebuah stadium terbuka yang akan dijadikan tempat pengistiharan Kemerdekaan. Tunku memilih sendiri lokasinya, di sebuah bukit yang rendah berdekatan Jalan Birch dan stadium itu dinamakan 'Stadium Merdeka'.
Stadium Merdeka 5.00 pagi, 31 Ogos 1957, hujan turun dengan lebatnya. Dato' Abdul Razak yang melawat Stadium pada pagi itu gelisah dengan takungan air di tengah-tengah padang di mana Askar Melayu akan mengadakan perbarisan kehormat. Dato' Razak adalah Timbalan Pengerusi, Jawatankuasa Persiapan Kemerdekaan dengan Tunku sendiri adalah Pengerusinya.
7.00 pagi, hujan mulai reda. Dato' Razak menalifon Tunku dan melaporkan keadaan di stadium. Beliau mencadangkan agar ketibaan Raja-raja Melayu, Duke serta isteri dan Pesuruhjaya Tinggi dilewatkan satu jam.
9.00 pagi, langit mulai cerah, rintik-rintik hujan semakin mengecil dan hilang dari pandangan. Perabut dan perhiasan mula dibawa keluar dengan kadar segera. Tunku telah bersiap sedia di rumahnya. Berbaju Melayu hitam, berkain samping, berselitkan keris bersarong gading dipinggang serta bertengkolok songket, Tunku menantikan saat untuk bertolak.
Di Stadium Merdeka, Tunku berdiri gagah menerima ketibaan Duke of Gloucester yang memakai pakaian istiadat ketenteraan British berpangkat Field Marshall. 'God Save The Queen' berkumandang ketika Duke of Gloucester yang merupakan pakcik Queen Elizabeth II masuk dan mengambil tempat. Duke telah diiringi oleh Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Donald MacGillivray.
Raja-raja Melayu pula duduk dipayungi oleh sembilan payung kuning, Yang DiPertuan Agong pula duduk di tengah-tengah, di kirinya Tunku dan di kanannya Duke.
Duke kemudiannya menyerah 'Instrumen Kemerdekaan' yang mana merupakan suatu pengakuan British bahawa ia menyerahkan kedaulatan Pulau Pinang dan Melaka kepada negara baru ini dan seterusnya menarik balik 'perlindungan' yang diberikan kepada negeri-negeri Melayu.
Tunku kemudiannya membacakan pengistiharan Kemerdekaan yang antara lainnya menyebut "Dengan nama Allah, Persekutuan Tanah  Melayu untuk selamanya sebuah negara yang demokratik dan Merdeka". Acapkali suaranya tenggelam dan pekikan Merdeka! Merdeka! Merdeka! oleh rakyat sebuah negara baru yang lahir dari suatu perjuangan yang suci.
Seorang anak bangsa yang menyaksikan segalanya di depan mata, menghuraikan pengalamannya, Hujan renyai-renyai menghiasi pagi. Tanpa disedari linangan air mata membasahi pipi. Stadium Merdeka dibanjiri oleh anak-anak bangsa yang datang dari setiap pelusuk negeri. Masing-masing hadir dengan harapan yang tinggi. Menjadi saksi, satu peristiwa yang penuh bererti, yang tidak akan dilupai tersemat disanubari sampai mati. Merdeka telah kita miliki 'Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Monday, August 23, 2010

mmg x di duga...

baju raya dh sia..cntik sgt....suka la...mmg x diduga tahun nie..dahulunya wrna yg dibenci ttba tahun ni jd wrna pilihan...aduhai..apa dh jadi ni...dunia dh trbalik ka?hahahaha.....pa pn sume org pasti akan berubah dr segi fizikal atau mental tol x?..thun ni dh da 2 bju "j" suka la.....hanya tinggal nk cri ksut ajer ag...x twu ag nk yg mcm mna....

Saturday, August 21, 2010

sakit maaa..........

aduhhhhhh........mcm nk pth ja tulang blakang awi ni...kesakitannya bisa sgt...nk sujud n rukuk smbhyg pn  sush...asa mcm org tua 60 tahun la plak....waaaaaaa.........sakit....msti efect jatuh bilik air pg tadi...tlg blakang trhempas dkt tebing bilik air..asa mcm nk pth tlng blakang ni ha...rasa kalo org prgnant ni saheh da gugur....td pgi msa dkt skul x rsa skit sgt...blk aja umah pas bgun tido trus trasa...mcm cekang gla..smpai nangis tresak2 la...nsib ada mama trsyg tlong legakan...syg maaaa....mmg hanya tuhan ja yang tahu betapa sakitnya tadi.....ni masih asa lagi sakitnya.....aduhai..asal la jd cm ni..muda ag ni...hope x daeffect pa2 pd tulg blakang aku......

relax relax jom...

alangkah seronoknya kalo dpt pergi bercuti ke pulau-pulau yang indah...Fuhhh...Malaysia begitu indah dengan pulau-pulau yg ada di Malaysia...melihat keindahan pulaunya,kebiruan air lautnya,keputihan pantainya...Waahhhh........bestnya..terasa nikmatnya kesegarannya..apatah lagi kalo dpt lakukan aktiviti snorkling atau scuba...menikmati keunikan karang dan ikan2 kecil yg cantik...."so beautiful".....
Jom menikmati jap....
wow...tgklah tu...air lautnya...resortnya...pntainya...wahhh......bestnya....jom rmai2 g brcuti ke pulau thun nie....apatah lagi kalo dpt menikmati keindahan matahari tenggelam pulak....kenikmatan yang allah beri begieu indah sekali.....

mama...siapa saya???

Malaysia dengan bangganya menuju ke alaf baru yang berorientasikan sains dan teknologi. Namun mereka alpa dengan perkembangan sosial di negara ini. Saban hari, terdapat laporan bayi yang dijumpai di dalam tandas, di tepi longkang, dan lain-lain tempat tanpa ada perasaan perikemanusiaan.
Punca yang paling jelas berlakunya gejala pembuangan bayi ini adalah kerana berlakunya anak luar nikah. Tatkala ingin menyembunyikan perbuatan dusta itu mereka sanggup membuang bayi dengan harapan diberi peluang menjalani kehidupan baru. Hal ini turut diakibatkan oleh mereka tidak sanggup diejek dan dicaci oleh masyarakat setempat.
Di samping itu sikap masyarakat. Yang tidak prihatin, hanya berpeluk tubuh, dan mengabaikan isu itu turut menjadi punca gejala ini menjadi-jadi. Mereka bersikap demikian kerana menganggap isu ini adalah sesuatu yang memalukan.
Terdapat juga, ahli masyarakat yang hanya menuding jari terhadap golongan remaja. Pada pandangan mereka inilah pencetus berlakunya pembuangan bayi kerana pergaulan bebas. Lebih-lebih lagi remaja yang suka melepak dan membuang masa dengan sia-sia dianggap sebagai sampah masyarakat. Sebagai masyarakat, kita sepatutnya memberi teguran membina kepada remaja tersebut. Selain itu kesilapan yang paling nyata ialah sikap wanita dan lelaki yang melakukan perzinaan sesuka hati. Mereka tergolong dalam kalangan yang kurang pendidikan agamanya. Selepas itu, masing-masing hilang rasa tanggungjawab ke atas apa yang mereka lakukan hingga sanggup mengorbankan anak.
Hukuman yang kurang berat juga menggalakkan kes-kes pembuangan bayi ini. Ibu bapa mangsa bayi yang dibuang tidak dikesan bersungguh-sungguh sehingga masalah penjagaan bayi diserapkan bulat-bulat kepada pihak hospital dan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Hukuman yang dikenakan hanya penjara dan denda yang mampu dllaksanakan oleh pesalah.
Galakan daripada badan tertentu yang sanggup memelihara mangsa ini juga menggalakkan ibu bapa membuang anak-anak mereka. Mereka berpendapat terdapat golongan yang menyayangi anak mereka dan memelihara anak mereka dengan baik. Kebanyakan ibu bapa yang menyayangi anak-anak mereka berperasaan demikian.
Ekoran itu, ibu bapalah watak utama dalam mencorakkan sahsiah anak-anak mereka. Masalah pembuangan bayi ini pasti dapat ditangkis sekiranya wujud kesedaran dan rasa tanggungjawab dan masyarakat dengan mengambil tahu serta cuba membanterasnya seterusnya wujudnya masyarakat yang bersifat penyayang.

dptkan segera





jom copy code into html box

cutegurlz





jom copy code into html box

Friday, August 20, 2010

cikgu





jom copy code into html box




jom copy code into html box

Thursday, August 19, 2010

read this story!!!

sam scrubs floor at a dinner,copes with her wicked stepmother and stepsisters and dreams of going to Princeton.But maybe she has a Prince Charming already.Sam panic when the mystery man turns out to be the coolest guy on campus.Can he love a girl not part of the crowd?Can fairy tales come true?Only if Sam up for herself and turns her dream into reality...
WHAT DO YOU THINK???

something wrong???

kenapa la awi ni rsa cam x sedap hati ja...adakah sesuatu akan berlaku mlm ni,pg nnti,esk atau bila...rsa seperti ada sja benda yg buruk akan berlaku..entah kenapa hati berkata sebegitu...apakah maksud disebalik ketidak tenteraman diri ini....bantulah aku.......... :-(

Wednesday, August 18, 2010


Sesungguhnya bulan Ramadhan bulan yg begitu mulia...hayatilah keindahan di bulan Ramadhan...
Puasa merupakan ibadah termulia, ibadah yang terbaik untuk mendekatkan diri kepada Allah, mengingat puasa Ramadan itu adalah untuk Allah, dan Dia lah yang akan menilainya.
Puasa dikatakan dapat menghapus dosa apabila dilakukan dengan cara yang disyariatkan dan beradab sebagaimana mestinya. Diantara adab berpuasa itu adalah :
1. Berniat yang baik dan benar;
2. Sahur walau hanya dengan seteguk air;
3. Mengakhirkan waktu sahur;
4. Tidak berlebih-lebihan makan/minum ketika sahur;
5. Menjaga anggota tubuh saat berpuasa;
6. Menahan diri dan tidak bertindak ceroboh / bodoh;
7. Tidak berkata buruk / cabul dsb;
8. Memelihara lisan; tidak lalai;
9. Memperbanyak amal kebajikan;
10. Mempercepat berbuka begitu masuk waktu Maghrib;
11. Memakan makanan ringan ketika berbuka seperti kurma, susu, air; baru makan berat usai salat Maghrib;
12. Tidak makan/minum berlebihan saat berbuka;
13. Membaca doa saat berbuka;
14. Memberi buka puasa bagi orang yang berpuasa;
15. Tidak boleh puasa terus menerus tanpa berbuka (puasa wishal);
16. Menjauhkan diri dari segala yang merusak nilai puasa;
17. Betakwa kepada Allah swt.


Amalkanlah berbuka puasa dengan kurma dahulu.Sesungguhnya ia amalan yg di sunatkan oleh Rasulullah s.a.w..


Jadual STPM 2010

Add caption

Tuesday, August 17, 2010

Perang Jawa(Perang Deponogoro)-Sejarah Asia STPM

Perang Jawa juga dikenal sebagai Perang Diponegoro, perang ini banyak memberi Belanda masalah  karena perang ini telah banyak mengorbankan pasukan tentera Belanda.Kerana perang inilah pemerintah Belanda akhirnya membuat sistem tanam paksa (cultuur stelsel) demi mengisi bekalan mereka yang hampir kosong akibat perang. Ketidak puasan rakyat petani memberontak, penghinaan terhadap makam keluarga Pangeran Diponegoro menjadi puncanya

Putera Diponegoro
Sebelas November 1785, keluarga kraton Ngayogyakarta Hadiningrat. Hamengku Buwono III , hari itu, mempunyai anak pertama yang dinamai Antawirya. Konon Hamengkubuwono I  sangat tertarik pada cicitnya itu. Ia, katanya, akan melebihi kebesarannya. Ia akan memusnahkan Belanda.
Antawirya dibesarkan di Tegalrejo dalam asuhan Ratu Ageng, istri HB-I. Di sana ia belajar mengaji Quran dan nilai-nilai Islam. Tegalrejo juga memungkinkannya untuk lebih dekat dengan rakyat. Spiritualitasnya makin terasah dengan kesukaannya berkhalwat atau menyepi di bukit-bukit dan gua sekitarnya. Hal demikian membuat Antawirya semakin tak menikmati bila berada di kraton yang mewah, dan bahkan sering mengadakan acara-acara model Barat. Termasuk dengan pesta mabuknya. Kabarnya, Antawirya hanya “sowan” ayahnya dua kali dalam setahun. Yakni saat Idul Fitri dan ‘Gerebeg Maulid“.
Antawirya kemudian bergelar Pangeran Diponegoro. Ia tumbuh sebagai seorang yang sangat disegani. Ayahnya hendak memilihnya sebagai putra mahkota. Ia menolak. Ia tak dapat menikmati tinggal di istana. Ia malah menyarankan ayahnya agar memilih Djarot, adiknya, sebagai putra mahkota. Ia hanya akan mendampingi Djarot kelak.
Saat sultan Yogyakarta, Sultan Hamengkubuwono III wafat tahun 1824, terjadi gejolak di tanah Yogyakarta, kerabat keraton berlomba lomba mengisi tahta. Seharusnya pada saat itu yang menjadi Sultan selanjutnya adalah anak tertua Hamengkubuwono III yang bernama pangeran Diponegoro. Tapi sayang, karena ibu Pangeran Diponegoro hanyalah istri selir, maka yang naik tahta adalah Pangeran Jarot, walau dia masih berumur 13 tahun. Pangeran Jarot naik tahta dengan dengan gelar Sultan Hamengkubuwono IV. Sayang beberapa taun kemudian, tahun 1822.
 

Awal Masalah
Pada suatu hari Belanda berniat untuk membuat jalan raya agar pengangkutan barang dan tanaman berlangsung lebih baik. Belanda membangun jalan menerusi makam keluarga Pangeran Diponegoro, saat mendengar itu, Pangeran Diponegoro mengajukan protes secara baik baik pada kantor perwakilan Hindia Belanda di Yogyakarta. namun bukanya mendapat tanggapan, Belanda malah memasang patok patok melewati kuburan tersebut. Akhirnya Pangeran Diponegoro, Pangeran Mangkubumi, serta keluarganya mencabuti patok patok tersebut dan pada saat itulah Pangeran Diponegoro dicap sebagai Pemberontak oleh pemerintah. Sekelompok tentara mencoba menangkap Pangeran Diponegoro dan mangkubumi, pamannya di Desa Tegalredjo. Pada saat itu juga penduduk desa mencegat konvoi tentara itu dengan senjata demi melindungi Pangeran Diponegoro yang sudah dianggap orang suci di tempat itu. Perang pecah, dilangit membumbung warna merah, saat itulah pecah perang Jawa.
 

Perang Jawa (Perang DIponegoro)
Bulan Juli 1825, berita mengenai perang ini terdengar sampai ke telinga Gubernur Jendral Van Der Capellen. Ia terkejut karena selama ini Yogya terlihat seperti tempat yang aman, namun Pemberontakan Diponegoro itu menyulut peperangan diseluruh Yogyakarta bahkan Jawa Tengah. Pada saat itu jumlah pasukan Belanda di Jawa tidak cukup untuk meredam pergolakan yang terjadi.
 
Akhir tahun 1825 Jendral Hendrik De Kock menggantikan Jendral Van der Capellen yang pensiun dan pulang ke Belanda, tugas pertamanya adalah membersihkan perang dan menangkap Pangeran Diponegoro dan sekutunya. Untungnya Kesultanan Surakarta tidak ikut memberontak, Pakubuwono IV (Sultan Surakarta), Mangkunegoro, dan pangeran pangeran lainnya menyatakan kesetiaannya pada Gubermen Belanda.
 
Diponegoro pun melanjutkan pemberontakan dengan bantuan Sentot Alibasyah dan Kiai Mojo semakin menusuk pertahanan Belanda. Mereka mengajukan perang gerilya, mereka tahu bahwa pasukan Belanda tidak cukup untuk membendung pemberontakan mereka. Tahun 1826, Pangeran Diponegoro memenangkan pertempuran di Ngalengkong, karena kemenangannya membuat rakyat pribumi menjadi simpatik dan ikut berperang menghalau Belanda, Pangeran Diponegoro disebut sebagai Ratu Adil.
 
De kock mengalami kesulitan mengejar Pangeran ini, karena seranganya selalu dilakukan dalam sekala kecil dan mendadak. Untuk mengatasinya, De Kock membangun benteng benteng kecil yang selalu berhubungan. Dengan taktik ini membuat tentara Diponegoro jadi semakin terpojok dan kesulitan melawan. Bulan April 1826, Letnan Kolonel Cochius, bawahan De Kock menemukan cara untuk menangkap Diponegoro. Ia menawarkan 20.000 real pada siapa saja yang berhasil menangkap Diponegoro, tapi untungnya rakyat Indonesia tidak pernah mau menghianati atasanya, taktik itu tidak berhasil.

Akhir Perang
Tahun 1829, Mangkubumi, paman Diponegoro menyerah pada Belanda akibat tekanan dari prajurit prajuri Belanda yang semakin banyak didatangkan ke Jawa. Beberapa saat kemudian, Sentot Alibasyah juga menyerah di tangan Belanda. Kehilangan 2 jendral terbaiknya, Pangeran Diponegoro semakin terdesak, apalagi jumlah pasukannya kian menyusut.
Februari 1830, Diponegoro memutuskan untuk berunding dengan pihak Belanda. Sesuai kesepakatan, Diponegoro datang ke Magelang untuk berunding dengan De Kock. Namun ketika dia datang, pasukan De Kock menangkap Pangeran Diponegoro dengan tuduhan pemberontakan dan sebagai penjahat perang. Akhirnya diapun diasingkan ke Manado, tanggal 8 Januari 1855, Diponegoro wafat dan dikebumikan di Makasar.
Pada perang jawa ini Belanda menderita kerugian yang amat besar, konon Belanda kehilangan 15.000 pasukannya selama Perang Diponegoro.

mcm2 la.....

hahaha...akhirnya siap jgk blog aku ni...tp blom siap spnuhnya ag...cutekn blog den..fuhh nek peluh watnya...but look my fesyen design..cntikkn...hahaha....prcya ka...huhuhu......jgn lpa knjungi blog ni k.....mcm2 dpt anda ketahui...soon.........

loveeeee

nuff

bling2

my company!!!

Creative Commons Licence
other by ladyvampdark compony is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.
Based on a work at fiqaventures.blogspot.com.
Permissions beyond the scope of this license may be available at fiqaventurs.blogspot.com.