lovee........

nuff

Home

Saturday, December 4, 2010

soalan stpm 2010

SOALAN STPM 2010
BAHASA MELAYU KERTAS 2
BAHAGIANA

1. Aktiviti pembakaran secara terbuka sering dilakukan di Negara ini.Tindakan sedemikian mendatangkan pelbagai kesan negative.Jelaskan kesan tersebut.

2.  2. Di Negara ini terdapat berbagai-bagai jenis ilmu seni pertahanan diri yang dapat menarik minat remaja untuk mempelajarinya.Huraikan kebaikan mempelajari dan mengamalkan ilmu tersebut.

3. Penglibatan sesetengah remaja dalam kumpulan samseng pada masa ini dikatakan berpunca daripada kegagalan ibu bapa melaksanakan tanggungjawab mereka.Sejauh manakah anda bersetuju dengan pendapat tersebut.

4.   4. Sebagai pegawai di Kemeterian Pelancongan,anda diminta untuk menyampaikan ceramah kepada sekumpulan bakal pengusaha bidang pelancongan tentang faktor yang menarik pelancong asing untuk melawat ke Malaysia.Dalam ceramah tersebut,nyatakn juga kepentingan industry pelancongan kepada masyarakat dan Negara.Sediakan teks ceramah anda selengkapnya.





BAHAGIAN D
(ANALISIS KESALAHAN BAHASA)

8.  Beberapa orang Ahli Jawatankuasa Persatuan Sejarah telah berbincang tenang uasaha untuk meningkatkan bilangan ahli-ahli persatuan tersebut.Selain melancarkan kempen kesedaran,pameran tentang pelbagai perkara yang berkaitan dengan sejarah tanah air akan diadakan menjelang sambutan Hari Ulang Tahun Kemerdekaan Negara tidak lama lagi.Pada masa yang sama,mereka bersetuju membaiki pulih kawasan tanah perkuburan,termasuk sebuanh bangunan peninggalan penjajah yang teletak di daerah itu.Pengabaian kawasan itu mungkin disebabkan saiznya yang kecil.Sebenarnya,bukan saiznya yang penting tetapi nilai sejarahnya.Generasi terdahulu tetap mengingati yang bangunan itu pernah menjadi tempat tentera Jepun menyeksa penduduk tempatan yang tidak mengikut telunjuk mereka.Aktiviti yang julung-julung kali diadakan ini juga dipercayai dapat menaikkan kesedaran orang ramai tentang nikmat kemerdekaan.Pihak penganjur juga akan menghadiahkan pengunjung yang bertuah dengan pakej percutian.Dengan usaha yang sedemikian,Persatuan Sejarah dilihat lebih “ mesra orang ramai” dan mendorong mereka untuk menjadi ahli.






SOALAN STPM 2010
PENGAJIAN PERNIAGAAN KERTAS 1
BAHAGIAN A


Soalan 1:
a)      Jelaskan maksud untung.(3m)

b)     Nyatakan dua kebaikan perkongsian.(2m)


c)      Nyatakan empat pendekatan pengurusan Jepun yang dapat memberikan motivasi kepada pekerja mereka.(2m)

d)     Jelaskan maksud perancangan (2m)


e)      Nyatakan empat elemen utama dalam huraian kerja.(2m)

f)       Nytakan empat sumber dana jengka pendek yang boleh digunakan oleh seseorang peruncit.(2m)


g)      Huraikan tiga alat kawalan inventori.(3m)

h)     Jelaskan maksud prinsip doktrin punca terdekat.(3m)


i)        Huraikan keperluan kemahiran manusia kepada pengurus peringkat pertengahan.(3m)

j)        Terangkan tiga kaedah yang dilakukan oleh individu untuk mengurus ketegangan.(3m)

Soalan 2:

a)      Pihak pngurusan Farmasi Utara merancang untuk menubuhkan Kelab Warga Emas yang akan dilancarkan dalam masa tiga bulan.Keahlian kelab dibuka kepada semua individu yang berumur 55 tahun keatas.Ahli kelab layak menikmati pembelian barang pada harg istimewa dan mengumpulkan mata ganjaran untuk ditukar dengan pemeriksaan kesihatan percuma.

 i.Jelaskan maksud pengiklanan dan dua kelebihannya dalam mempromosikan Kelab Warga Emas,Farmasi Utara.(4m)

 ii.Jelaskan maksud pubilisiti dan perhubungan awam,serta dua kelebihannya dalam 
 mempromosikan Kelab Warga Emas,Farmasi Utara.(4m)


   iii.Terangkan tiga cirri pendekatan pemasaran moden berdasarkan fakta kes diatas.(9m)

b)     b) Huraikan empat kepentingan penilaian prestasi kerja kepada organisasi.(8m)


BAHAGIAN B

Soalan 3:

a) Jelaskan empat peranan sector awam dalam perkembangan ekonomi mereka.(12m)

 b) Huraikan faktor yang mendorong peniaga mengubah entity perniagaan daripada bentuk perkongsian kepada syarikat sendirian berhad.(13m)

Soalan 4:
a) Huraikan dua langkah pertama untuk kawalan dalam sesuatu proses pengeluaran.(4m)

b) Huraikan peranan pengurus sebagai seorang komunikator.(9m)

c) Jelaskan empat kepentingan pengawalan bagi sebuah kilang roti.(12m)

Soalan 5:

a) Dengan menggunakan gambar rajah,huraikan lima gaya kepimpinan yang diketengahkan oleh Blake dan Mouton.(12m)

b) MBI (M) Bhd,sebuah syarikat perisian computer,telah berjaya mendapat tiga projek baharu untuk memproses dan menganalisis data penting syarikat SAM Airlines,Ruhil Engineering,dan Projek Keretapi Aliran Ringan KL-Ipoh (KLIRT) bagi tahun 2010.Kesemua projek ini akan dilaksanakan serentak.Tempoh pelaksanaan projek adalah antara satu tahun hingga tiga tahun.
Pada masa yang sama,MBI(M) Bhd.juga banyak melaksanakan projek sedia ada yang berbentuk jangka panjang,bersama-sama dengan dua syarikat gergasi,iaitu CCSI (M) Bhd.(sebuah syarikat perkapalan) dan Pelabuhan TPT Johor (M) Bhd.
Pengarah Urusan MBI (M) Bhd. Bercadang untuk membuat erubahan terhadap struktur penjabatan mengikut fungsian yang sedia ada.Jabatan fungsian sedia ada ialah jabatan projek,jabatan pemprosesan data.jabatan pemasaran,dan jabatan kewangan.Penstrukyuran penjabatanan baharu yang sesuai akan menjamin keberkesanan syarikat ini dalam mengendalikan projek jangka pendek yang semakin meningkat tahun demi tahun.

i) Lakar carta organisasi baharu yang sesuai bagi MBI (M) Bhd.(8m)

ii)Nyatakan lima sebab kesesuaian struktur penjabatanan yang anda cadangkan itu.(5m)

Soalan 6:

a) Jelaskan tiga tujuan syarikat perniagaan melaksanakan pelaburan modal(6m)

b) Terangkan tiga penyata yang terkandung dalam penyata kewangan(9m)

c) Huraikan kegunaan penyata kewangan kepada pihak yang berkepentingan.(10m)

Soalan 7:

a)Huraikan empat faktor kejayaan seimbang.(10m)

b) Puan Normala,Pngurus Besar Syarikat Pembinaan Era Celik,telah menyerahkan satu tugasan yang tidak rutin kepada Encik Azhar dan Encik Badri.Tugasan ini perlu disemurnakan dalam tempoh yang sangat singkat.Encik Azhar mendapati tugasan yang diberikan kurang jelas dan beliau kurang yakin dapat menyiapkan tugasan itu.Walaubagaimanapun,ENcik Badri,menganggap tugasan itu mencabar dan membuka eluang untuk untuk kenaikan pangkat.
Puan Normala kerap memantau tugas yang dilakukan oleh pekerjanya.Beliau mendapati Encik Azhar sering mengeluh kerana tidak sempat berehat atau keluar makan dan menjadi cepat marah.Sebaliknya,Encik Badri kelihatan tenang dan tidak prnah merungut tentang beban tugas.Puan Normala mendapati Encik Azhar gagal menyiapkan tugas dalam tempoh yang ditetapkan,tetapi Encik Badri berjaya menyelesaikan tugasnya.

i.Terangkan hubungan tahap ketegangan yang dialami oelh Encik Azhar dan Encik Badri berkaitan dengan prestasi mereka.

ii.Kenalpasti dua punca ketegangan dan dua tanda ketegangan yang dialami oleh Encik Azhar dan Encik Badri.(8m)

Soalan 8:

a) Huraikan kepentingan kemahiran teknikal nagi seorang penyelia operasi kilang.(5m)

b) Terangkan bagaimana kemahiran pengurusan masa dapat membantu operasi sesebuah      organisasi.(10m)

 c) Syarikat Jaya Sdn.Bhd. (SJSB) mengeluarkan sarung tangan sejak tahun 1985.Pada tahun 2008,jumlah keluarannya  ialah 150000 unit.

Syarikat itu juga mempunyai pelbagai mesin dan peralatan yang dibeli sejak mula beroperasi.Belakangan ini,syarikat itu mengalami kadar lantik henti yang tinggi disebabkan beberapa pekerja telah berhenti kerana mendapat pekerjaan di syarikat lain.Sebilangan pekerjanya yang lain pula kerap mengambil cuti sakit,dan ada juga yang mengahadpi masalah disiplin.SJSB juga menghadapi masalah pembekal yang sering menghantar kuantiti bahan yang tidak mencukupi atau bahan yang telah rosak.Sebelum ini,pembekal juga mendapati gagal menghantar bahan pada waktu yang ditetapkan.Perjalanan beberapa buah mesin juga kerap tenggendala.Ini mengakibatkan beberapa tahap proses pengeluaran dilakukan secara manual dan menjejaskan pengeluaran.Akibat pelbagai masalah yang dihadapi,syarikat hanya dapat mengeluarkan sejumlah 90000 unit sarung tangan pada tahun 2009.

Dengan menggunakan gambar rajah analisis Tulang Ikan,jelaskan masalah yang dihadapi oleh Syarikat Jaya Sdn.Bhd.(10m)

No comments:

Post a Comment

loveeeee

nuff

bling2

my company!!!

Creative Commons Licence
other by ladyvampdark compony is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.
Based on a work at fiqaventures.blogspot.com.
Permissions beyond the scope of this license may be available at fiqaventurs.blogspot.com.