lovee........

nuff

Home

Sunday, November 7, 2010

all about Royal Malaysian Air Force


Teknologi Moden

TUDM juga melihat kepada perolehan senjata-senjata moden seperti pembelian peluru berpandu udara-ke-udara jenis AIM-120 AMRAAM, tetapi hasrat tersebut dibatalkan kerana Amerika Syarikat tidak mahu memperkenalkan teknologi terbaru tersebut atas sebab bantahan daripadaSingapura yang merupakan sekutu kuat Amerika. Sebaliknya, Amerika bersedia menjual pesawat moden seperti F/A-18 Hornet tetapi hanya di bekalkan engan peluru berpandu udara-ke-udara jenis separa aktif AIM-7 Sparrow yang jauh lebih kurang upaya berbanding dengan AIM-120 AMRAAM. Walaubagaimanapun, TUDM akhirnya memperolehi 20 unit AMRAAM versi C-5 yang hanya mempunyai jarak kelajuan 64 km sahaja berbanding dengan AIM-120D yang mempunyai kelajuan 95 km. Namun, kesahihan berkenaan AMRAAM C-5 tersebut belum dapat dipastikan.
Dasar kerenah birokrasi Amerika (khasnya Kongres) dan Singapura ini telah memaksa TUDM melihat kepada perolehan senjata daripada negara-negara lain, termasuk Rusia. Dalam tahun-tahun 1990-an, TUDM menerima penghantaran pesawat jenis BAE Hawk Mk108 dan Hawk Mk208 buatan Britain. Pesawat Hawk Mk108 digunakan untuk latihan lanjut juruterbang sementara pesawat Hawk Mk208 mengambil alih peranan bantuan dekat udara yang sebelumnya diberikan oleh pesawat McDonnell Douglas A-4PTM Skyhawk.
Dalam tahun 1995, TUDM menerima penghantaran 18 buah pesawat MiG-29N untuk mengendalikan peranan penguasaan udara (air superiority). Keupayaan serangan pelbagai cuaca diperolehi dengan pembelian 8 buah pesawat McDonnell Douglas F-18D Hornet yang diterima dalam tahun 1997. Pesawat ini serupa dengan pesawat penyerang yang digunakan oleh Kor Marin Amerika Syarikat.
TUDM juga membuat pesanan pada 5 Ogos 2003 untuk 18 buah pesawat Sukhoi Su-30MKM yang dijadualkan penghantaran mulai tahun 2007. Kontrak ini bernilai AS$900 juta dan sebahagian daripada pembayaran dibuat dalam bentuk jualan komoditi. Rusia juga bersetuju menghantar seorang angkasawan rakyat Malaysia sebagai angkasawan ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) sebagai sebahagian daripada pembelian pesawat Sukhoi ini. Pesawat ini ditempatkan di pangkalan baru TUDM di Gong Kedak. Untuk tujuan itu, No. 11 Skuadron yang dahulunya mengoperasikan pesawat F-5E dan berpangkalan di Butterworth dipindahkan ke Gong Kedak dan sedang dalam proses peralihan operasi ke pesawat Su-30MKM. TUDM juga mempunyai perancangan untuk mendapatkan 4 buah pesawat sistem amaran dan kawalan udara (AWACS) tetapi tiada keputusan yang dibuat berkenaan dengan pembelian ini.
Namun demikian, TUDM telah membuat pengumuman pesanan 4 buah pesawat pengangkut Airbus A400M dari firma Airbus Military untuk melengkapkan dan menggantikan sebahagian daripada tugasan pengangkutan yang kini dijalankan oleh pesawat C-130H Hercules. Pesawat-pesawat yang diberikan pertimbangan oleh TUDM termasuk pesawat Saab 2000 AEW&C, pesawat Lockheed P-3 Orion AEW&C, PesawatGrumman E-2C Hawkeye 2000 AEW&C seperti yang digunakan oleh Singapura, pesawat Boeing B737 AEW&C dan pesawat Embraer EMB-145SA.
Pesawat peronda maritim EMB-145 juga diberikan pertimbangan untuk memenuhi keperluan peronda maritim TUDM, walaupun kini terdapat perbahasan sama ada tanggungan rondaan maritim sepatutnya di jalankan oleh TUDM ataupun oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) .
TUDM pernah mempertimbangkan pembelian 18 buah pesawat F-18E Super Hornet dengan Boeing membeli semula pesawat F/A-18D Hornet yang kini digunakan oleh TUDM. Sehingga kini, tidak ada pengumuman dibuat mengenai pembelian ini, walaupun Boeing masih melobi pembelian ini. Antara yang menjadi punca perolehan Super Hornet kepada TUDM ini terbantut adalah disebabkan sikap Washington yang terlalu banyak mengeluarkan syarat yang tidak menyenangkan Kuala Lumpur, seperti sekatan pembekalan peralatan Beyond Visual Range, peluru berpandu udara ke udara jarak sederhana AMRAAM dan banyak lagi serta Washington enggan menerima bayaran counter-trade yang diingini Kuala Lumpur iaitu menggunakan hasil komoditi negara bagi menjelaskan pembayaran pesawat. Selain dari itu, Malaysia mengalami kekurangan dana yang secukupnya. Atas dasar luar Amerika telah menyebabkan Malaysia beralih kepada perolehan Sukhoi Su-30MKM buatan Russia bagi menggantikan perolehan Super Hornet, sebagai membalas budi kepada Moscow yang sudi melatih dua rakyat Malaysia dalam program Angkasawan Negara pada tahun 2007.
Syarikat pertahanan Russia iaitu Rosoboronexport dan AIROD mengumumkan pembekalan 10 buah helikopter Mi-171Sh (Mi-8AMTSh) bernilai AS$120 juta, untuk kegunaan dalam peranan mencari dan menyelamat tempur (CSAR) untuk menyokong penggunaan helikopter Sikorsky S-61A4A Nuri dalam peranan tersebut. Ada kemungkinan pembelian ini akan melibatkan penambahan 39 buah helikopter Mi-171 di masa-masa akan datang. Selain Rosoboronexport, TUDM turut mencalonkan Eurocopter sebagai sandaran untuk perolehan produk tersebut pada masa akan datang.
Pembelian helikopter tempur masih belum diumumkan, walaupun TUDM memberikan pertimbangan pembelian Denel Rooivalk dan juga helikopter Agusta A109 yang dipasangkan senjata. Pada 18 Julai 2006, Timbalan Perdana Menteri Malaysia membuat pengumuman pembelian 8 buah pesawat Aermacchi MB-339CD sebagai tambahan kepada pesawat MB-339A yang kian berumur. Rancangan pembelian pesawat MB-339A dari Tentera Udara Diraja New Zealand dibatalkan.
Pada September 2008, kerajaan Malaysia akhirnya mengumumkan bahawa Eurocopter berjaya memenangi kontrak bagi pembekalan 12 unit helikopter Eurocopter EC 725 bagi menggantikan helikopter Nuri yang bakal ditamatkan perkhidmatannya dalam TUDM. Tidak menolak kemungkinan bahawa TUDM bakal membuat penambahan helikopter dari Perancis ini untuk dimasa yang akan datang yang mana ianya merupakan pesawat yang berpotensi besar dalam tugas operasi tempur, cari dan menyelamat malahan setanding mahupun lebih baik dariMil-171 atau pesawat Nuri sendiri.


Organisasi



TUDM Subang

  • No. 2 Squadron Fokker F-28 Fellowship, Dassault Falcon 90, Bombardier Global Express
  • No. 16 Squadron Beech 200T
  • No. 20 Squadron Lockheed C-130H Hercules, C-130H-MP, C-130T
  • No. 1 Squadron CN-235-200M


TUDM Kuala Lumpur

  • No. 10 Squadron S-61A4A Nuri
  • Staff Flying Conversion Unit (SFCU)


TUDM Butterworth

  • No. 3 Squadron S-61A4A Nuri
  • No. 12 Squadron Northrop F-5E, F-5F, RF-5E
  • No. 15 Squadron BAE Hawk 108/Hawk 208, Aermacchi MB-339A
  • No. 18 Squadron Boeing F/A-18D Hornet


TUDM Kuantan

  • No. 6 Squadron BAE Hawk 108/Hawk 208
  • No. 17 & 19 Squadron MiG-29N/UB
  • 401 Squadron GBAD Starburst


TUDM Gong Kedak

  • Terletak didalam Jajahan Pasir Puteh, Kelantan. Pangkalan udara Gong Kedak merupakan pangkalan udara yang tercanggih milik TUDM. Pangkalan ini menempatkan No. 11 Squadron Su-30 MKM


Divisyen Kedua


TUDM Kuching

  • No. 7 Squadron S-61A4A Nuri Kuching AB


TUDM Labuan

  • No. 5 Squadron S-61A4A Nuri Labuan AB
  • No. 14 Squadron Lockheed C-130H Hercules


Divisyen Latihan

  • Pulatibang 1 FTC PC-7, PC-7 & PC-7 Mk II, MD-360 Alor Setar AB
  • Pulatibang 2 FTC Alouette III Alor Setar AB
  • Pulatibang 3 ILIT (Flight Instructor Training Institute) PC-7 MkII Kuantan AB


Pangkalan

TUDM mempunyai beberapa buah pangkalan yang digunakan untuk menempatkan pesawat dan unit-unit TUDM yang lain. Antara pangkalan yang digunakan oleh TUDM adalah :


Pesawat Pejuang


Pesawat Sukhoi Su-30MKM antara yang paling moden di dunia.

Pesawat Mig-29N milik TUDM membuat pendaratan semasa pertunjukan di LIMA.

Pesawat F/A-18D Hornet TUDM digunakan untuk operasi serangan termasuk serangan pada waktu malam.

Pesawat Hawk digunakan untuk misi serangan dan misi Sokongan udara dekat.

Pesawat MB 339A melatih juruterbang "fast jet".

Pesawat F5E Tiger II membawa TUDM ke zaman penerbangan supersonik.

Lockheed Hercules memikul beban misi pengangkutan udara TUDM.

Cessna digunakan untuk tujuan komunikasi.

CN-235 menggantikan pesawat DHC4 Caribou yang bersara.

Pesawat 737-700 BBJ digunakan TUDM untuk penerbangan rasmi ketua-ketua kerajaan Malaysia.

Helikopter Nuri telah banyak berjasa dan hendak digantikan dalam perkhidmatan TUDM.

Helikopter S-70 dibeli oleh kerajaan Malaysia untuk kegunaan orang kenamaan.

Pilatus PC-7 digunakan untuk latihan juruterbang. Ia juga boleh dilengkapkan senjata dan digunakan sebagai pesawat penyerang ringan.

MD3-160 Aerotiga dibuat di Malaysia dan digunakan TUDM untuk latihan permulaan bagi juruterbang.

TUDM mempunyai 3 buah pesawat UAV Eagle.
  • 18 x Sukhoi Su-30MKM (sedang dalam proses penghantaran)
    TUDM membuat tempahan untuk 18 buah pesawat Sukhoi Su-30MKM untuk digunakan dalam peranan penguasaan udara. TUDM mengkaji untuk mengeratkan kerjasama dengan Tentera Udara India yang menggunakan pesawat Su-30MKI (yang hampir sama dengan standard pesawat yang digunakan oleh TUDM) untuk mendapatkan maklumat dan pengalaman penggunaan dan pengurusan pesawat Sukhoi Su-30 ini. Pembelian pesawat Su-30 ini juga melibatkan perolehan persenjataan moden seperti peluru berpandu BVR dan “panduan radar aktif” seperti mana teknologi peluru berpandu AIM-120 AMRAAM. Pesawat Su-30MKM TUDM menggunakan peralatan avionik yang dibekalkan oleh Thales. Keupayaan Su-30MKM dipercayai menyamai model terbaru dari variasi Sukhoi Su-27 iaitu Sukhoi Su-35BM.
  • 14 x Mikoyan-Gurevich MiG-29N Fulcrum
    TUDM membuat belian MiG-29N apabila Amerika Syarikat enggan meluluskan penjualan peluru berpandu AMRAAM kepada TUDM sebagai sebahagian daripada pakej pembelian pesawat Boeing F/A-18D Hornet. Rusia sebaliknya menawarkan pakej persenjataan termoden termasuk 2 x misil R-27R1 BVR dan 4 x misil R-73E WVR dengan ciri kawalan aktif radar dan BVR seperti AMRAAM. Pesawat MiG-29N TUDM dilengkapkan dengan peralatan avionik buatan Barat dan menggunakan enjin Tumanski RD-33 yang lebih berkuasa dengan jangka hayat yang lebih panjang dan jarak yang lebih lama antara penyenggaraan (MTBO) ditetapkan pada 750 jam penerbangan. Penghantaran pesawat bermula dalam tahun 1992.
  • 2 x Mikoyan-Gurevich MiG-29NUB
    Versi dua tempat duduk ini digunakan untuk tujuan latihan dalam perkhidmatan. Pesawat ini mempunyai keupayaan tempur dan boleh membawa persenjataan seerti misil dan meriam.
  • 8 x Boeing F/A-18D Hornet
    8 buah pesawat F/A-18D Hornet dibeli untuk memberikan TUDM keupayaan menjalankan serangan dalam pelbagai cuaca, termasuk serangan waktu malam. Pesawat mempunyai keupayaan menggunakan bom dari siri Paveway II.
  • 16 x Hawk 208
  • 2 x Nortrop RF-5E Tigereye
    Untuk tujuan peninjauan.
  • 3 x Northrop F-5F
  • 6x Hawk 108 (latihan lanjutan)
  • 10 x Aermacchi MB-339A (latihan lanjutan)
  • 10 x Northrop F-5E Tiger II (simpanan)
    TUDM bercadang untuk menaik taraf pesawat F-5E seperti yang dilakukan oleh Taiwan tetapi rancangan terbantut disebabkan oleh kos yang terlibat terlampau tinggi. Usaha untuk menjual pesawat kepada pihak ketiga juga tidak berhasil. Keupayaan pesawat F-5E untuk hanya membawa 2 buah misil AIM-9 Sidewinder menjadikan tidak lagi sesuai untuk perkhidmatan di barisan hadapan.
  • 8 x Aermacchi MB-339CD (pesanan baru)
    pesanan ini untuk menambahkan dan menggantikan pesawat latihan MB 339 TUDM yang musnah akibat kemalanagan.

[sunting]
Pesawat Pengangkut

  • 8 x Lockheed C-130H-30 Hercules
    Pesawat ini digunakan untuk pengangkutan taktikal termasuk pergerakan anggota antara Sabah dan Sarawak dengan Semenanjung Malaysia. Beberapa buah pesawat telah diubah suai dengan pemanjangan fiuslaj dilakukan oleh AIROD. Pesawat C-130 dipanggil Charlie dalam perkhidmatan TUDM.
  • 4 X Lockheed KC-130T (pesawat untuk pengisian minyak di udara)
    Pesawat ini menjalankan tugasan pengisian minyak di udara untuk pesawat-pesawat TUDM menggunakan teknik “hose and drogue” seperti yang digunakan oleh Tentera Laut Amerika Syarikat.
  • 8 x Cessna 402B Pengangkutan Ringan
    pesawat ini digunakan untuk tujuan komunikasi dan juga untuk latihan penyesuaian juruterbang menggunakan pesawat multi enjin.
  • 8 x Airtech CN-235-220M
    Pesawat ini menggantikan perkhidmatan pesawat DHC-4 Caribou yang telah bersara daripada perkhidmatan. Pesawat ini juga menjalankan tugasan latihan penerjunan payung terjun untuk10 Briged Para dan Grup Gerak Khas di samping tugasan pengangkutan yang lain.
  • 2 x Airtech CN-235-220M (VIP)
    Pesawat CN235 ini disesuaikan untuk pengangkutan penumpang.
  • 1 x Boeing BBJ (VIP)
    Pesawat pengembangan Boeing 737-700 ini boleh membuat penerbangan jarak jauh tanpa perlu singgah untuk mengisi minyak.
  • 1 x Bombardier Global Express (VIP)
    Pesawat ini boleh membawa VIP untuk m\penerbangan jarak jauh tanpa perlu singgah untuk pengisian minyak.
  • 1 x Bombardier CRJ-700 Regional Jet (VIP)
    Pesawat ini boleh membawa VIP untuk penerbangan jarak jauh tanpa perlu singgah untuk pengisian minyak.
  • 1 x Dassault Falcon 900B (VIP)
    Pesawat pengangkutan eksekutif digunakan untuk pengangkutan VIP untuk lawatan-lawatan ke luar negara.
  • 2 x Fokker F28-1000 Fellowship (VIP)
    Pesawat ini digunakan untuk penerbangan anggota di antara Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak. Kegunaan untuk penerbangan VIp kian berkurangan dengan kehadiran pesawat-pesawat lain yang lebih moden dan lebih selesa.
  • 4 x Airbus A400M buatan Airbus Military - (4 buah pesawat dipesan)

[]
Pesawat Peronda Maritim

  • 4 x Beechcraft Super King Air B200T MPA
    pesawat ringan dua enjin ini digunakan untuk rondaan persisiran pantai dan laut dekat. Rondaan laut samudera biasanya dijalankan oleh pesawat PC-130H-30-MP Hercules.
  • 2 x Lockheed PC-130H-30-MP Hercules (untuk tugasan rondaan maritim)
    Versi pesawat Hercules yang digunakan untuk misi rondaan maritim. Pesawat ini mempunyai peralatan deria dan cerapan yang boleh dibuka pasang dengan cepat untuk membolehkan pesawat ini disusun atur menjadi pesawat pengangkut. Dalam peranan rondaan maritim, pesawat ini boleh terbang dengan menggunakan dua enjin sahaja dengan dua enjin lagi dimatikan untuk menjimatkan penggunaan minyak dan membolehkan rondaan sehingga 10 jam lamanya.

[]
Helikopter

  • 28 x Sikorsky S-61A-4 Nuri (pengangkutan)
    Pesawat ini mempunyai dua enjin berbanding dengan Sikorsky SH-3 Sea King yang asal, dan mempunyai tempat duduk untuk 31 orang anggota tentera. Pesawat ini juga boleh diubah untuk membawa askar-askar yang cedera dengan memasang pengusung. TUDM merancang untuk menggantikan pesawat Nuri dalam tempoh 2006 hingga 2010 dan beberapa jenis helikopter telah diberikan pertimbangan, termasuk Eurocopter EC 725, the AgustaWestland AW101, Sikorsky S-92 dan NHI NH90. Eurocopter EC 725 dari Perancis akhirnya dipilih bagi menggantikan pesawat Nuri yang melibatkan 12 unit pesawat dan mungkin bakal menambah lagi pesawat EC 725 dimasa akan datang.
  • 6 x Sikorsky S-61A-4 Nuri (CSAR)
    Pesawat ini digunakan khusus untuk operasi mencari dan menyelamat tempur termasuk operasi menyelamat semasa pertempuran dan dilengkapkan dengan winch dan mesingan untuk mempertahankan diri.
  • 2 x Agusta Sikorsky AS61A-N1 (VIP)
    Pesawat buatan Agusta digunakan untuk pengangkutan VIP. Pengeluaran helikopter S-61 telah dihentikan oleh Sikorsky dan hanya dikeluarkan di bawah lesen pengeluaran oleh Westland dan Agusta. Versi yang digunakan TUDM hampir sama dengan standard helikopterSikorsky S-61 yang lain dengan kelainan peralatan avionik sahaja.
  • 2 x Sikorsky S-70 Black Hawk (Pengangkutan VIP)
    Helikopter S-70 Black Hawk digunakan untuk pengangkutan VIP dan dilengkapkan dengan tangki minyak luar untuk penerbangan jarak jauh.

[]
Pesawat Latihan

  • 36 x Pilatus PC-7
    TUDM telah membuat tempahan dan telah menerima 44 buah pesawat Pilatus PC-7 Turbo Trainer II dari pembuat Pilatus Aircraft, Switzerland. Pesawat PC-7 telah ditempatkan berkhidmat untuk latihan juruterbang di Pusat Latihan Penerbangan I (Pulatibang I) di Alor Setar (kini Kolej Tentera Udara). Sementara untuk latihan lanjutan pula, pesawat Pilatus PC-7ditempatkan di Pulatibang 2 di Kuantan bersama-sama dengan pesawat Aermacchi. Sebilangan pesawat PC-7 telah musnah akibat kemalangan.
  • 8 x Pilatus PC-7 MkII (10 unit lagi dalam pesanan)
    TUDM telah membuat tempahan untuk 10 buah pesawat Pilatus PC-7 MkII sebagai gantian kepada pesawat-pesawat yang telah musnah akibat terhempas ataupun kemalangan.
  • 20 x MD3-160 Aerotiga
    TUDM merupakan pelanggan awal pesawat MD3-160 Aerotiga buatan tempatan. Pesawat ini kini ditempatkan di Pusat latihan Penerbangan I (Pulatibang I) di Alor Setar dan digunakan untuk latihan penerbangan ab initio.


Pesawat Udara Tanpa Pemandu (UAV)

  • 3 x CTRM Eagle ARV (UAV)
    TUDM menggunakan beberapa buah pesawat UAV dalam peranan peninjauan. Berkemungkinan akan digantikan dengan pesawat UAV buatan tempatan sepenuhnya iaituAludra Mk. II.

Persaraan pesawat dan pindahan milik

TUDM telah memindahkan 11 buah helikopter jenis SA316B Allouette III kepada Tentera Darat Malaysia untuk melengkapkan buat permulaan Pasukan Udara Tentera Darat. Bersama-sama dengan pesawat helikopter tersebut, TUDM telah membenarkan juruterbang jurulatih Allouette IIIberpindah khidmat ke perkhidmatan Pasukan Udara Tentera Darat untuk menjadi nukleus kepada penubuhan Pasukan Udara Tentera Darat. TUDM juga telah menyerahkan pusat latihan di Kem Mahkota, Kluang kepada pentadbiran dan pengurusan sepenuhnya oleh Tentera Darat Malaysia.
Pesawat DHC-4 Caribou telah ditamatkan perkhidmatannya dengan TUDM setelah beberapa lama berkhidmat. Perkhidmatan pesawat DHC-4 Caribou telah diambil alih sebahagiannya oleh pesawatCASA CN-235 yang melengkapkan No. 21 Skuadron TUDM.


Pesawat-pesawat yang pernah digunakan oleh TUDM

TUDM telah di masa-masa lepas menggunakan antara lainnya, pesawat-pesawat seperti berikut :
Pesawat Pejuang
  • TUDM membuat pembelian 20 buah pesawat CL-41G Tebuan yang mula digunakan dalam tahun 1967. Pesawat Tebuan adalah pesawat tempur pertama digunakan oleh TUDM, kerana sebelum itu TUDM hanya mempunyai pesawat-pesawat bukan tempur dan peranan TUDM ditumpukan kepada perkhidmatan pengangkutan dan perhubungan sahaja. TUDM menggunakan Tebuan sehingga tahun 1986 apabila perkhidmatan Tebuan diambil alih pesawat Aermacchi MB-339A
  • CAC Avon Sabre
    Kerajaan Australia telah menghadiahkan 19 buah pesawat CAC Avon Sabre kepada TUDM untuk digunakan sebagai pesawat pejuang pertahanan udara. TUDM menggunakan pesawat Avon Sabre hanya sekejap sahaja, dari tahun 1969 hingga tahun 1976. TUDM menghentikan perkhidmatan Sabre setelah menerima pesawat-pesawat pejuang Northrop F-5E Tiger II.
  • TUDM membeli 88 buah pesawat A-4C dan A-4L milik Tentera Laut Amerika Syarikat dan menggunakannya untuk membaik pulih 40 buah pesawat kepada standard A-4PTM, yang hampir serupa dengan standard A-4M digunakan oleh Amerika Syarikat. 36 buah dibuat dalam versi satu tempat duduk sementara 6 buah yang lain dibuat dalam versi TA-4PTM dengan dua tempat duduk. Penggunaan pesawat Skyhawk bermula tahun 1985 tetapi tidak berpanjangan disebabkan oleh masalah-masalah teknikal dan dihentikan dalam tahun 1996 apabila TUDM menerima pesawat BAe Hawk.
Pesawat Pengangkut
  • Scottish Aviation Twin Pioneer
    Hanya 93 buah pesawat Twin Pioneer, dan TUDM menggunakan 15 buah pesawat jenis ini. Pesawat ini menggunakan enjin omboh (radial) dan mempunyai keupayaan mendarat dan berlepas dari landasan yang pendek. Pesawat ini boleh membawa 13 orang penumpang ataupun 11 orang askar payung terjun. Dalam versi medevac, pesawat ini boleh membawa6 pesakit dalam usungan (strecther). TUDM menamatkan perkhidmatan pesawat Twin Pioneer dalam tahun 1970.
  • Scottish Aviation Single Pioneer
    TUDM menerima penghantaran 8 buah pesawat Pioneer dalam tahun 1958. Pesawat Pioneer mempunyai kebolehan mendarat dan berlepas daripada landasan-landasan pendek dan tidak rata dan boleh membawa 4 orang penumpang. Pesawat ini digunakan untuk tujuan perhubungan. Perkhidmatan pesawat ini dihentikan dalam tahun 1972.
  • Handley Page Dart Herald
    TUDM membuat belian 8 buah pesawat Handley Page Dart Herald Siri 401 untuk kegunaan pengangkutan kakitangan khususnya antara Semenanjung Malaysia dan Sabah dan Sarawak. Handley Page Dart Herald Sr. 401 TUDM disesuaikan sebagai pengangkut kegunaan tentera dengan pintu muatan di sebelah tepi pesawat dan boleh membawa 50 orang askar payung terjun. Pesawat ini juga boleh disesuaikan untuk pemasangan 24 tempat pengusung.

    TUDM menggunakan Dart Herald dari tahun 1963 sehingga 1976, apabila ianya bersara daripada perkhidmatan TUDM setelah penerimaan pesawat-pesawat C-130 Hercules. Semasa Konfrontasi, pesawat Dart Herald juga digunakan dalam operasi peperangan psikologi dan juga menjalankan penerbangan tinjauan. Pesawat Dart Herald ditamatkan perkhidmatan dalam tahun 1976 dan kesemua 8 buah pesawat dijualkan kepada sebuah syarikat British bernama Channel Express (Air Services) Ltd yang menggunakannya untuk penerbangan penumpang.


Senarai pesawat TUDM yang musnah dalam kemalangan

Berikut adalah senarai 'tidak lengkap' kemalangan pesawat milik Tentera Udara Diraja Malaysia. Sumber-sumber dari Military Aviati dan tapak sesawang Toharudin Rashid
Ringkasan kemalangan
PesawatNo siriPerananTarikhPenyebab nahasNota
DHC-4 CaribouM21-02Pengangkut11 Januari, 1967Berlaku di Meligan, Sarawak. Pesawat mengalami kerosakkan teruk dan tidak dapat dibaiki.
Sikorsky S-61A4Helikopter25 April, 1969Kemalangan pertama membabitkan helikopter Nuri. Pesawat dari Skuadron no 7, Kuching. Empat orang krew terbunuh.
DHC-4 CaribouM21-1030 Mac, 1970Terhempas ke dalam laut di Teluk Cowie, Sabah. 14 orang krew dan penumpang terbunuh. Kebanyakan adalah anggota tentera darat.
Sikorsky S-61A411 Mac, 2972Terhempas di Gambang, Pahang. Membunuh empat orang krew.
CL-41G Tebuan24 Oktober, 1972Juruterbang terbunuh.
CL-41G Tebuan10 Mac, 1973Terhempas di TUDM Kuantan dan membunuh juruterbangnya.
Sikorsky S-61A426 April, 1976Ditembak jatuh oleh Parti Komunis Malaya di Gubir, Kedah.Membunuh 11 orang krew dan penumpang.
CL-41G Tebuan8 Februari, 1977Juruterbang terbunuh
CL-41G Tebuan8 Mei, 1978TerhempasTerhempas ke dalam Laut China Selatan berdekatan Gebeng, Pahang.
Northrop F-5EM22-131 Jun, 1978TerhempasTerhempas berdekatan TUDM Butterworth. Juruterbang menyelamatkan diri menggunakan kerusi lenting.
CL-41G Tebuan23 Januari, 1979TerhempasTerhempas berdekatan Kemaman, membunuh juruterbangnya.
CL-41G Tebuan18 Mei, 1979TerhempasTerhempas ke dalam Laut China Selatan berdekatan TUDM Kuantan dan membunuh 2 juruterbangnya
AĆ©rospatiale Alouette10 Disember, 1979TerhempasKejadian berlaku di TUDM Kluang dan membunuh juruterbangnya.
Scottish Aviation Bulldog16 Mac, 1980TerhempasTerhempas berdekatan TUDM Alor Setar dan membunuh 2 orang juruterbang.
DHC-4 Caribou9 November, 1980TerhempasBerlaku berdekatan Simanggang (Sri Aman), Sarawak. Pesawat mengalami kerosakkan yang tidak dapat dibaiki.
Scottish Aviation Bulldog30 Januari, 1981TerhempasTerhempas di sebuah padang sekolah di Perlis dan membunuh juruterbangnya.
Scottish Aviation Bulldog10 Februari, 1981TerhempasTerhempas di Alor Setar dan membunuh juruterbangnya
Sikorsky S-61A425 April, 19812 orang terbunuh dan 13 orang terselamat.
Northrop F-5EM29-066 Jun, 1982Pendaratan cemas di TUDM Butterworth. Pesawat dikeluarkan daripada perkhidmatan.
DHC-4 CaribouM21-1724 September, 1982TerhempasDalam misi menghantar bekalan ke kampung Orang Asli. Kesemua 7 orang krew dan penumpang terbunuh.
Pilatus PC-74 September, 1984Terhempas berdekatan Pendang, Kedah dan membunuh juruterbangnya.
Aermacchi MB-339A1 Jun, 1985Terhempas berdekatan TUDM KuantanMembunuh 2 juruterbangnya.
Northrop F-5EM29-1521 Oktober, 1986TerhempasKejadian berlaku di Kertih, Terengganu. Juruterbangnya terselamat, bagaimanapun pembantu juruterbangnya terbunuh.
Skyhawk A4PTM1988Tidak diketahuiPesawat dalam penerbangan dari TUDM Kuantan ke Labuan. Pesawat dan juruterbang, Lt Wahi Anuar b Mat Amin tidak ditemui sehingga sekarang.
Sikorsky S-61A414 November, 1989Terhempas di antara Gunung Gerah dan Gunung Bilah di Perak. Kesemua 21 orang krew and penumpang terbunuh.
Sikorsky S-61A418 Disember, 1989Terhempas di Sungai Lundu, Sarawak dan membunuh kesemua 16 krew dan penumpang.
Northrop F-5EM29-1430 Mei 1995Terhempas di Butterworth dan membunuh juruterbangnya
Pilatus PC-725 Sep, 1990Melanggar bangunan asrama UUM dan membunuh juruterbangnya
Aermacchi MB-339M34-0815 April 1996Kerosakan kerangka pesawatTerhempas ke dalam Laut China Selatan berdekatan Kuantan.
Northrop F-5EM29-2217 April 1996Terhempas di Butterworth
Hawk 108M40-03Pelatih18 Jun 1996Terhempas di TUDM Labuan.
Hawk 108M40-10Pelatih23 Julai 1996Kemalangan semasa berlepas.
Sikorsky S-61A-4 Nuri16 Oktober 1996Terhempas ke dalam laut di Muka Head, Pulau Pinang. Pembantu juruterbang tidak ditemui.
Sikorsky S-61A-4 NuriM23-27 dan M23-3018 Mac 1997Berlanggar di udaraKemalangan di udara di Gunung Lumaku, Sipitang dan membunuh 11 orang krew dan penumpang.
MiG-29N FulcrumM43-17Pemintas4 September 1998Terhempas di Jaya Gading, Kuantan
Hawk 208M40-36Pejuang ringan10 September 1998Terhempas di Kuala Betis, Gua Musang semasa latihan serangan udara ke darat.
DHC-4 CaribouM21-0523 Mac 1999Terbabas di landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dan membunuh 5 orang krew dan penumpang
Pilatus PC-7Pelatih22 April 2001Terhempas di Tokai, Pendang dan membunuh juruterbangnya
Pilatus PC-7Pelatih2 Januari 2002Terhempas di Terengganu
Aermacchi MB-33923 Januari 2002Terhempas berdekatan Pulau Tiga, Mersing
Hawk 108M40-35Pelatih4 September 2002
Pilatus PC-7Pelatih12 Ogos 2003Terhempas berdekatan Bukit Kayu Hitam dan membunuh juruterbangnya
MiG-29N FulcrumM40-2018 Disember 2003Terhempas ke dalam Laut China Selatan, berdekatan Kuantan dan membunuh juruterbangnya.
Sikorsky S-61A-4 Nuri4 Mac 2004Terhempas dan membunuh 2 krew
Pilatus PC-710 Mei 2004Terhempas di Kg Padang Gelangang, Sanglang dan membunuh juruterbang pelatihnya.
Sikorsky S-61A-4 Nuri15 Ogos 2004Terhempas di Ba'kelalan, Long Seridan. Membunuh 3 orang, 7 yang lain terselamat
MiG-29N Fulcrum9 November 2004Terhempas di Ketengah Perwira. Juruterbang terselamat.
Pilatus PC-716 Disember 2004Terhempas di Kg Titi Besi, Padang Terap dan membunuh 2 orang krewnya.
BAE HawkM40-2123 Jun 2005Terhempas di Kg Kerupang, Pulau Buah, Labuan dan membunuh juruterbangnya. Pesawat berasal dari Skuadron No 15, Butterworth.
Pilatus PC-7 Mk 211 Mei 2006Terhempas di Alor Setar.
BAE HawkM40-2831 Mei 2006Terhempas ke dalam laut di Mersing, Johor dan membunuh juruterbangnya.
BAE HawkM40-0923 Jun 2006Pendaratan cemas di TUDM Kuantan
Hawk 108M40-37Pelatih4 Mei 2007Terhempas berdekatan TUDM Kuantan
Sikorsky S-61A4Helikopter pengangkut13 Julai 2007Terhempas di Genting Sempah 2007
Pilatus PC-7Pelatih11 September 2009Terhempas di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi. Mengorbankan dua orang juruterbang.
Pilatus PC-7Pelatih25 Mac 2010Terhempas semasa pertunjukan udara di Universiti Utara Malaysia, Sintok. Mengorbankan juruterbangnya.



Pautan luar

  • Ringkasan Tentera Udara Diraja Malaysia
  • Foto-foto pesawat Sukhoi Su-30MKM

No comments:

Post a Comment

loveeeee

nuff

bling2

my company!!!

Creative Commons Licence
other by ladyvampdark compony is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.
Based on a work at fiqaventures.blogspot.com.
Permissions beyond the scope of this license may be available at fiqaventurs.blogspot.com.